CINTA.......TETAPI.....
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara
tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain
maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah Ta'ala.
tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal,
tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya,
tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ telah bersabda,
" Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia.
Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda.
Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk.
Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa.
Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah.
Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Semoga bermanfaat
Silahkan share
Sumber :
Kitab Mukasyafah Al Qulub karangan Imam Al-Ghazali ﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar