ULAMA EMPAT MAZHAB LARANG UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KAFIR
Para ulama empat mazhab melarang bagi seorang muslim mengucapkan selamat perayaan raya dan memberikan hadiah sempenan hari raya non muslim.
(1) MAZHAB HANAFIYAH.
Dalam kitab fikih mazhab Hanafi menyebutkan:
ﻗَﺎﻝَ - ﺭَﺣِﻤَﻪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ - ( ﻭَﺍﻟْﺈِﻋْﻄَﺎﺀُ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﺍﻟﻨَّﻴْﺮُﻭﺯِ ﻭَﺍﻟْﻤِﻬْﺮَﺟَﺎﻥِ ﻟَﺎ ﻳَﺠُﻮﺯُ ) ﺃَﻱْ ﺍﻟْﻬَﺪَﺍﻳَﺎ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﻫَﺬَﻳْﻦِ ﺍﻟْﻴَﻮْﻣَﻴْﻦِ ﺣَﺮَﺍﻡٌ ﺑَﻞْ ﻛُﻔْﺮٌ ﻭَﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮ ﺣَﻔْﺺٍ ﺍﻟْﻜَﺒِﻴﺮُ - ﺭَﺣِﻤَﻪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ - ﻟَﻮْ ﺃَﻥَّ ﺭَﺟُﻠًﺎ ﻋَﺒَﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﺧَﻤْﺴِﻴﻦَ ﺳَﻨَﺔً ﺛُﻢَّ ﺟَﺎﺀَ ﻳَﻮْﻡُ ﺍﻟﻨَّﻴْﺮُﻭﺯِ ﻭَﺃَﻫْﺪَﻯ ﺇﻟَﻰ ﺑَﻌْﺾِ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ﺑَﻴْﻀَﺔً ﻳُﺮِﻳﺪُ ﺗَﻌْﻈِﻴﻢَ ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﻓَﻘَﺪْ ﻛَﻔَﺮَ ﻭَﺣَﺒَﻂَ ﻋَﻤَﻠُﻪُ ﻭَﻗَﺎﻝَ ﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟْﺠَﺎﻣِﻊِ ﺍﻟْﺄَﺻْﻐَﺮِ ﺇﺫَﺍ ﺃَﻫْﺪَﻯ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟﻨَّﻴْﺮُﻭﺯِ ﺇﻟَﻰ ﻣُﺴْﻠِﻢٍ ﺁﺧَﺮَ ﻭَﻟَﻢْ ﻳُﺮِﺩْ ﺑِﻪِ ﺗَﻌْﻈِﻴﻢَ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﻭَﻟَﻜِﻦْ ﻋَﻠَﻰ ﻣَﺎ ﺍﻋْﺘَﺎﺩَﻩُ ﺑَﻌْﺾُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟَﺎ ﻳَﻜْﻔُﺮُ ﻭَﻟَﻜِﻦْ ﻳَﻨْﺒَﻐِﻲ ﻟَﻪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎ ﻳَﻔْﻌَﻞَ ﺫَﻟِﻚَ ﻓِﻲ ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﺧَﺎﺻَّﺔً ﻭَﻳَﻔْﻌَﻠُﻪُ ﻗَﺒْﻠَﻪُ ﺃَﻭْ ﺑَﻌْﺪَﻩُ ﻟِﻜَﻲْ ﻟَﺎ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺗَﺸْﺒِﻴﻬًﺎ ﺑِﺄُﻭﻟَﺌِﻚَ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡِ، ﻭَﻗَﺪْ ﻗَﺎﻝَ - ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ - « ﻣَﻦْ ﺗَﺸَﺒَّﻪَ ﺑِﻘَﻮْﻡٍ ﻓَﻬُﻮَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ »
Bermaksud: Abu al-Barakat al-Nasafi al-Hanafi (wafat 710 H) berkata: "Memberikan hadiah sempena hari raya Nairus dan Mihrajaan tidak boleh". Iaitu memberikan hadiah-hadiah sempena kedua hari raya ini adalah haram bahkan kufur. Berkata Abu Hafsh al-Kabir rahimahullah: "Seandainya seseorang menyembah Allah Ta'ala selama 50 tahun kemudian tiba hari perayaan Nairuz dan dia memberi hadiah sebiji telur kepada sebahagian kaum musyrikin, kerana dia ingin mengagungkan hari tersebut maka dia telah kafir dan telah gugur amalannya". Penulis kitab al-Jaami' al-Asghar berkata: "Jika pada hari raya Nairuz dia memberikan hadiah kepada muslim yang lain, namun bukan bertujuan mengagungkan hari tersebut tapi hanya mengikut kebiasaan/tradisi sebahagian masyarakat maka dia tidaklah kafir, tapi hendaknya dia tidak melakukannya pada hari tersebut secara khusus, namun dia lakukan sebelum atau sesudah hari tersebut agar tidak tasyabbuh dengan mereka. Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk sebahagian dari mereka". (Al-Bahr Ar-Raaiq Syarh Kanz al-Qaiq, karya Ibnu Nujaim al-Mishri, beserta Takmilah 8: 555, Rujuk juga Tabyinu al-Haqaiq Syarh Kanz al- Qaiq, karya al-Zaila'i, 6: 228).
(2) MAZHAB MALIKIYAH
Berkata Ibnu al-Haaj al-Maliki (wafat 737 H):
ﻭَﺑَﻘِﻲَ ﺍﻟْﻜَﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤَﻮَﺍﺳِﻢِ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﺍﻋْﺘَﺎﺩَﻫَﺎ ﺃَﻛْﺜَﺮُﻫُﻢْ ﻭَﻫُﻢْ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ ﺃَﻧَّﻬَﺎ ﻣَﻮَﺍﺳِﻢُ ﻣُﺨْﺘَﺼَّﺔٌ ﺑِﺄَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏِ ﻓَﺘَﺸَﺒَّﻪَ ﺑَﻌْﺾُ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻮَﻗْﺖِ ﺑِﻬِﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻭَﺷَﺎﺭَﻛُﻮﻫُﻢْ ﻓِﻲ ﺗَﻌْﻈِﻴﻤِﻬَﺎ ﻳَﺎ ﻟَﻴْﺖَ ﺫَﻟِﻚَ ﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻌَﺎﻣَّﺔِ ﺧُﺼُﻮﺻًﺎ ﻭَﻟَﻜِﻨَّﻚ ﺗَﺮَﻯ ﺑَﻌْﺾَ ﻣَﻦْ ﻳَﻨْﺘَﺴِﺐُ ﺇﻟَﻰ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢِ ﻳَﻔْﻌَﻞُ ﺫَﻟِﻚَ ... ﺑَﻞْ ﺯَﺍﺩَ ﺑَﻌْﻀُﻬُﻢْ ﺃَﻧَّﻬُﻢْ ﻳُﻬَﺎﺩُﻭﻥَ ﺑَﻌْﺾَ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏِ ﻓِﻲ ﻣَﻮَﺍﺳِﻤِﻬِﻢْ ﻭَﻳُﺮْﺳِﻠُﻮﻥَ ﺇﻟَﻴْﻬِﻢْ ﻣَﺎ ﻳَﺤْﺘَﺎﺟُﻮﻧَﻪُ ﻟِﻤَﻮَﺍﺳِﻤِﻬِﻢْ ﻓَﻴَﺴْﺘَﻌِﻴﻨُﻮﻥَ ﺑِﺬَﻟِﻚَ ﻋَﻠَﻰ ﺯِﻳَﺎﺩَﺓِ ﻛُﻔْﺮِﻫِﻢْ ...
ﻭَﻗَﺪْ ﺟَﻤَﻊَ ﻫَﺆُﻟَﺎﺀِ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﺘَّﺸَﺒُّﻪِ ﺑِﻬِﻢْ ﻓِﻴﻤَﺎ ﺫُﻛِﺮَ ﻭَﺍﻟْﺈِﻋَﺎﻧَﺔِ ﻟَﻬُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻔْﺮِﻫِﻢْ ﻓَﻴَﺰْﺩَﺍﺩُﻭﻥَ ﺑِﻪِ ﻃُﻐْﻴَﺎﻧًﺎ ﺇﺫْ ﺃَﻧَّﻬُﻢْ ﺇﺫَﺍ ﺭَﺃَﻭْﺍ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﻳُﻮَﺍﻓِﻘُﻮﻧَﻬُﻢْ ﺃَﻭْ ﻳُﺴَﺎﻋِﺪُﻭﻧَﻬُﻢ،ْ ﺃَﻭْ ﻫُﻤَﺎ ﻣَﻌًﺎ ﻛَﺎﻥَ ﺫَﻟِﻚَ ﺳَﺒَﺒًﺎ ﻟِﻐِﺒْﻄَﺘِﻬِﻢْ ﺑِﺪِﻳﻨِﻬِﻢْ ﻭَﻳَﻈُﻨُّﻮﻥَ ﺃَﻧَّﻬُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﺣَﻖٍّ ﻭَﻛَﺜُﺮَ ﻫَﺬَﺍ ﺑَﻴْﻨَﻬُﻢْ . ﺃَﻋْﻨِﻲ ﺍﻟْﻤُﻬَﺎﺩَﺍﺓَ ﺣَﺘَّﻰ ﺇﻥَّ ﺑَﻌْﺾَ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏِ ﻟَﻴُﻬَﺎﺩُﻭﻥَ ﺑِﺒَﻌْﺾِ ﻣَﺎ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮﻧَﻪُ ﻓِﻲ ﻣَﻮَﺍﺳِﻤِﻬِﻢْ ﻟِﺒَﻌْﺾِ ﻣَﻦْ ﻟَﻪُ ﺭِﻳَﺎﺳَﺔٌ ﻣِﻦْ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﻓَﻴَﻘْﺒَﻠُﻮﻥَ ﺫَﻟِﻚَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻭَﻳَﺸْﻜُﺮُﻭﻧَﻪُﻡْ ﻭَﻳُﻜَﺎﻓِﺌُﻮﻧَﻪْﻡُ . ﻭَﺃَﻛْﺜَﺮُ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏِ ﻳَﻐْﺘَﺒِﻄُﻮﻥَ ﺑِﺪِﻳﻨِﻬِﻢْ ﻭَﻳُﺴَﺮُّﻭﻥَ ﻋِﻨْﺪَ ﻗَﺒُﻮﻝِ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻢِ ﺫَﻟِﻚَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ
Bermaksud: "Pembicaraan tentang musim-musim (perayaan) yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan mereka walaupun mereka tahu bahawasa perayaan hari raya2 tersebut adalah khusus (perayaan hari raya) untuk ahli kitab. Maka sebahagian orang zaman ini meniru kepada mereka (ahli kitab), menyertai mereka dalam mengagungkan hari raya2 tersebut. Alahai.....seandainya tasyabbuh (meniru-niru) tersebut hanya dilakukan oleh orang2 muslim awam, malangnya, engkau melihat sebahagian ahli ilmu juga melakukan perkara (perayaan) tersebut…..Bahkan sebahagian mereka lebih teruk sehingga (sanggup) memberikan hadiah kepada sebahagian ahli kitab pada hari perayaan mereka. Bahkan, mengirimkan apa yang mereka perlukan dalam perayaan mereka, sehingga dengan perbuatan tersebut, para ahli kitab terbantu semakin bertambah kekafirannya.…
Dengan itu, mereka telah menggabungkan antara tasyabbuh dengan ahli kitab…..dengan membantu mereka melakukan perbuatan kekafiran. Maka ahlul kitab semakin teruk dalam kekufuran, sebab mereka melihat kaum muslimin mengakui/bertasyabbuh dengan mereka atau membantu mereka atau kedua-duanya sekali. Hal ini menjadi alasan kenapa mereka suka/
bangga dengan agama mereka, dan mereka menyangka mereka berada diatas kebenaran, dan inilah yang sering berlaku pada (fikiran) mereka, yang aku maksud adalah saling memberi hadiah. Sehingga sebahagian ahli kitab sanggup memberi hadiah hasil daripada sebahagian perayaan mereka kepada sebahagian pemimpin (pemegang jawatan) dari kalangan muslim, kemudian merekapun menerima hadiah tersebut dan berterima kasih dengan membalas kepada para pemberi hadiah (ahli kitab). Sehingga majoriti ahli kitab bangga dengan agama mereka serta bergembira ketika seorang muslim menerima hadiah sempena hari raya mereka…(Al-Madkhal, 2: 46-48).
(3) MAZHAB SYAFI'IYYAH
Para ulama mazhab Syafi'iyyah telah mengharamkan mengucapkan selamat sempena hari raya orang-orang kafir. Bahkan orang yang mengucapkan selamat layak untuk ditakzir (dihukum) !!!
Al-Khathib al-Syarbini berkata:
"Ditakzir (dihukum) orang (muslim) yang bersama-sama orang-orang kafir merayakan perayaan-perayaan mereka. Demikian juga ditakzir (dihukum) orang yang memegang ular dan masuk dalam api, serta orang yang memanggil kepada kafir zimmi "Yaa Haaji". Dan orang yang mengucapkan selamat kepada perayaan orang kafir, orang yang menamakan orang yang menziarahi kubur orang soleh sebagai haji, orang yang berusaha melakukan namimah" (Mughni al-Muhtaaj, 4: 255).
Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata:
ﺛُﻢَّ ﺭَﺃَﻳْﺖ ﺑَﻌْﺾَ ﺃَﺋِﻤَّﺘِﻨَﺎ ﺍﻟْﻤُﺘَﺄَﺧِّﺮِﻱﻥَ ﺫَﻛَﺮَ ﻣﺎ ﻳُﻮَﺍﻓِﻖُ ﻣﺎ ﺫَﻛَﺮْﺗُﻪُ ﻓﻘﺎﻝ ﻭَﻣِﻦْ ﺃَﻗْﺒَﺢِ ﺍﻟْﺒِﺪَﻉِ ﻣُﻮَﺍﻓَﻘَﺔُ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﺍﻟﻨَّﺼَﺎﺭَﻯ ﻓﻲ ﺃَﻋْﻴَﺎﺩِﻫِﻢْ ﺑِﺎﻟﺘَّﺸَﺒُّﻪِ ﺑِﺄَﻛْﻠِﻬِﻢْ ﻭَﺍﻟْﻬَﺪِﻳَّﺔِ ﻟﻬﻢ ﻭَﻗَﺒُﻮﻝِ ﻫَﺪِﻳَّﺘِﻬِﻢْ ﻓﻴﻪ ﻭَﺃَﻛْﺜَﺮُ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺍﻋْﺘِﻨَﺎﺀً ﺑِﺬَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻤِﺼْﺮِﻳُّﻮﻥَ ﻭﻗﺪ ﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﻦ ﺗَﺸَﺒَّﻪَ ﺑِﻘَﻮْﻡٍ ﻓَﻬُﻮَ ﻣﻨﻬﻢ ﺑَﻞْ ﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺍﻟْﺤَﺎﺝِّ ﻟَﺎ ﻳَﺤِﻞُّ ﻟِﻤُﺴْﻠِﻢٍ ﺃَﻥْ ﻳَﺒِﻴﻊَ ﻧَﺼْﺮَﺍﻧِﻴًّﺎ ﺷﻴﺌﺎ ﻣﻦ ﻣَﺼْﻠَﺤَﺔِ ﻋِﻴﺪِﻩِ ﻟَﺎ ﻟَﺤْﻤًﺎ ﻭَﻟَﺎ ﺃُﺩْﻣًﺎ ﻭَﻟَﺎ ﺛَﻮْﺑًﺎ، ﻭَﻟَﺎ ﻳُﻌَﺎﺭُﻭﻥَ ﺷﻴﺌﺎ ﻭَﻟَﻮْ ﺩَﺍﺑَّﺔً ﺇﺫْ ﻫﻮ ﻣُﻌَﺎﻭَﻧَﺔٌ ﻟﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﻛُﻔْﺮِﻫِﻢْ، ﻭَﻋَﻠَﻰ ﻭُﻟَﺎﺓِ ﺍﻟْﺄَﻣْﺮِ ﻣَﻨْﻊُ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ
Bermaksud: "Aku melihat sebahagian para imam kami dari kalangan mutakhirin telah menyebutkan apa yang sepertimana yang aku telah sebutkan. Beliau berkata: "Diantara bid'ah yang paling buruk adalah kaum muslimin sepakat bersama-sama kaum nasrani merayakan hari perayaan2 mereka, iaitu dengan meniru-niru mereka, memakan makanan mereka, memberi hadiah kepada mereka, menerima hadiah dari mereka. Orang yang paling memberi perhatian (melakukan) perbuatan ini adalah orang-orang Mesir. Padahal Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk sebahagian dari mereka".
Bahkan Ibnu al-Haaj berkata: "Tidak halal bagi seorang muslim untuk menjual sesuatu bagi seorang nasrani yang berkaitan dengan kemaslahatan perayaan mereka, sama ada daging, sayur, mahupun baju. Tidak boleh kaum muslimin meminjamkan apapun kepada mereka, termasuk meminjamkan haiwan tunggangan. Kerana ini, termasuk membantu mereka dalam kekafiran. Dan wajib bagi pemerintah untuk melarang kaum muslimin dari perkara tersebut" (Al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubra, 4: 238).
(4) MAZHAB HAMBALIYAH
Dalam kitab al-Iqna' disebutkan
:
ﻭﻳﺤﺮﻡ ﺷﻬﻮﺩ ﻋﻴﺪ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻭﺑﻴﻌﻪ ﻟﻬﻢ ﻓﻴﻪ
ﻭﻣﻬﺎﺩﺍﺗﻬﻢ ﻟﻌﻴﺪﻫﻢ ﻭﻳﺤﺮﻡ ﺑﻴﻌﻬﻢ ﻣﺎ ﻳﻌﻤﻠﻮﻧﻪ ﻛﻨﻴﺴﺔ ﺃﻭ ﺗﻤﺜﺎﻻ ﻭﻧﺤﻮﻩ ﻭﻛﻞ ﻣﺎ ﻓﻴﻪ ﺗﺨﺼﻴﺺ ﻛﻌﻴﺪﻫﻢ ﻭﺗﻤﻴﻴﺰ ﻟﻬﻢ ﻭﻫﻮ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﺸﺒﻪ ﺑﻬﻢ ﻭﺍﻟﺘﺸﺒﻪ ﺑﻬﻢ ﻣﻨﻬﻲ ﻋﻨﻪ ﺇﺟﻤﺎﻋﺎ ﻭﺗﺠﺐ ﻋﻘﻮﺑﺔ ﻓﺎﻋﻠﻪ
Bermaksud: "Haram menyaksikan perayaan yahudi dan nasrani, juga haram menjual (sesuatu) kepada mereka sempena perayaan tersebut serta haram memberi hadiah kepada mereka sempena hari raya mereka. Haram menjual kepada mereka apa yang mereka gunakan (dalam acara/program perayaan mereka) untuk membuat gereja atau patung dan yang semisalnya (seperti buat salib dll-pen). Haram apa sahaja perkara yang menunjukkan pengkhususan pada mereka seperti perayaan, dan semua perkara yang menunjukkan perbezaan bagi mereka, sebab ini termasuk bentuk tasyabbuh (meniru-niru) mereka, bertayabbuh dengan mereka diharamkan berdasarkan ijmak (kesepakatan) para ulama. Oleh demikian, orang yang melakukan perkara tersebut wajib dihukum" (Al-Iqna' fi Fiqh al-Imam Ahmad bin Hanbal, 2: 49).
IJMAK PARA ULAMA.
Para ulama telah bersepakat diatas larangan mengucapkan dan bersama-sama merayakan hari raya orang kafir.
Imam Ibnu al-Qayyim berkata:
ﻭﺃﻣﺎ ﺍﻟﺘﻬﻨﺌﺔ ﺑﺸﻌﺎﺋﺮ ﺍﻟﻜﻔﺮ ﺍﻟﻤﺨﺘﺼﺔ ﺑﻪ ﻓﺤﺮﺍﻡ ﺑﺎﻻﺗﻔﺎﻕ ﻣﺜﻞ ﺃﻥ ﻳﻬﻨﺌﻬﻢ ﺑﺄﻋﻴﺎﺩﻫﻢ ﻭﺻﻮﻣﻬﻢ ﻓﻴﻘﻮﻝ ﻋﻴﺪ ﻣﺒﺎﺭﻙ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻭ ﺗﻬﻨﺄ ﺑﻬﺬﺍ ﺍﻟﻌﻴﺪ ﻭﻧﺤﻮﻩ ﻓﻬﺬﺍ ﺇﻥ ﺳﻠﻢ ﻗﺎﺋﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﻜﻔﺮ ﻓﻬﻮ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺤﺮﻣﺎﺕ ﻭﻫﻮ ﺑﻤﻨﺰﻟﺔ ﺃﻥ ﻳﻬﻨﺌﻪ ﺑﺴﺠﻮﺩﻩ ﻟﻠﺼﻠﻴﺐ ﺑﻞ ﺫﻟﻚ ﺃﻋﻈﻢ ﺇﺛﻤﺎ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺃﺷﺪ ﻣﻘﺘﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﻬﻨﺌﺔ ﺑﺸﺮﺏ ﺍﻟﺨﻤﺮ ﻭﻗﺘﻞ ﺍﻟﻨﻔﺲ ﻭﺍﺭﺗﻜﺎﺏ ﺍﻟﻔﺮﺝ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻭﻧﺤﻮﻩ . ﻭﻛﺜﻴﺮ ﻣﻤﻦ ﻻ ﻗﺪﺭ ﻟﻠﺪﻳﻦ ﻋﻨﺪﻩ ﻳﻘﻊ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ ﻭﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﻗﺒﺢ ﻣﺎ ﻓﻌﻞ
Berkata: "Adapun mengucapkan selamat sempena perayaan-perayaan kufur yang khusus maka hukumnya haram berdasarkan kesepakatan (para ulama). Misalnya, seorang (muslim) mengucapkan selamat kepada mereka (orang kafir) sempen hari perayaan mereka. Dengan ucapan: "Perayaan yang diberkahi keatasmu…" atau "Selamat gembira dengan perayaan ini" atau yang seumpamanya. Maka perbuatan seperti itu, walaupun orang yang mengucapnya selamat dari jatuh kepada kufur. Namun, perbuatan ini adalah haram, kedudukannya (hukumnya) seperti dia memberi ucapan selamat kepada orang yang sujud ke salib. Bahkan, lebih besar dosanya di sisi Allah dan dimurkai dibandingkan dia mengucapkan selamat kepada orang yang minum arak (khamr) atau membunuh orang, atau melakukan zina dan yang semisalnya. Ramai yang ilmu agamanya tidak kukuh terjebak dalam perbuatan ini, tidak tahu kesan buruk daripada perbuatan mereka" (Ahkaam ahli al-Zimmah, 1: 441, tahqiq: Yusuf bin Ahmad al-Bakri dan Syaakir bin Taufiiq, cetakan Ramaadi li al-Nasyr, cetakan pertama 1418 H/1997 M).
Syeikh Ali Mahfuz al-Azhari pula berkata:
ﻣﻤﺎ ﺍﺑﺘﻠﻲ ﺑﻪ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻮﻥ ﻭﻓﺸﺎ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻌﺎﻣﺔ ﻭﺍﻟﺨﺎﺻﺔ ﻣﺸﺎﺭﻛﺔ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﻣﻦ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻓﻲ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻦ ﻣﻮﺍﺳﻤﻬﻢ ﻛﺎﺳﺘﺤﺴﺎﻥ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻦ ﻋﻮﺍﺋﺪﻫﻢ ، ﻭﻗﺪ ﻛﺎﻥ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻜﺮﻩ ﻣﻮﺍﻓﻘﺔ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﻓﻲ ﻛﻞ ﺃﺣﻮﺍﻟﻬﻢ ﺣﺘﻰ ﻗﺎﻟﺖ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍً ﻳﺮﻳﺪ ﺃﻻ ﻳﺪﻉ ﻣﻦ ﺃﻣﺮﻧﺎ ﺷﻴﺌﺎً ﺇﻻ ﺧﺎﻟﻔﻨﺎ ﻓﻴﻪ .. ﻓﺎﻧﻈﺮ ﻫﺬﺍ ﻣﻊ ﻣﺎ ﻳﻘﻊ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﻨﺎﻳﺔ ﺑﺄﻋﻴﺎﺩﻫﻢ ﻭﻋﺎﺩﺍﺗﻬﻢ ، ﻓﺘﺮﺍﻫﻢ ﻳﺘﺮﻛﻮﻥ ﺃﻋﻤﺎﻟﻬﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﻨﺎﻋﺎﺕ ﻭﺍﻟﺘﺠﺎﺭﺍﺕ ﻭﺍﻻﺷﺘﻐﺎﻝ ﺑﺎﻟﻌﻠﻢ ﻓﻲ ﺗﻠﻚ ﺍﻟﻤﻮﺍﺳﻢ ﻭﻳﺘﺨﺬﻭﻧﻬﺎ ﺃﻳﺎﻡ ﻓﺮﺡ ﻭﺭﺍﺣﺔ ﻳﻮﺳﻌﻮﻥ ﻓﻴﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﺃﻫﻠﻴﻬﻢ ﻭﻳﻠﺒﺴﻮﻥ ﺃﺟﻤﻞ ﺍﻟﺜﻴﺎﺏ ﻭﻳﺼﺒﻐﻮﻥ ﻓﻴﻬﺎ ﺍﻟﺒﻴﺾ ﻷﻭﻻﺩﻫﻢ ﻛﻤﺎ ﻳﺼﻨﻊ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﻣﻦ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ، ﻓﻬﺬﺍ ﻭﻣﺎ ﺷﺎﻛﻠﻪ ﻣﺼﺪﺍﻕ ﻗﻮﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ " ﻟﺘﺘﺒﻌﻦ ﺳَﻨﻦ ﻣﻦ ﻗﺒﻠﻜﻢ ﺷﺒﺮﺍً ﺑﺸﺒﺮ ﻭﺫﺭﺍﻋﺎً ﺑﺬﺭﺍﻉ ﺣﺘﻰ ﻟﻮ ﺩﺧﻠﻮﺍ ﺟﺤﺮ ﺿﺐ ﻟﺘﺒﻌﺘﻤﻮﻫﻢ " ﻗﻠﻨﺎ : ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ، ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ؟ ﻗﺎﻝ " ﻓﻤﻦ ﻏﻴﺮﻫﻢ " ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺳﻌﻴﺪ ﺍﻟﺨﺪﺭﻱ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ .. ﻓﻌﻠﻰ ﻣﻦ ﻳﺮﻳﺪ ﺍﻟﺴﻼﻣﺔ ﻓﻲ ﺩﻳﻨﻪ ﻭﻋﺮﺿﻪ ﺃﻥ ﻳﺤﺘﺠﺐ ﻓﻲ ﺑﻴﺘﻪ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻟﻤﺸﺌﻮﻡ ﻭﻳﻤﻨﻊ ﻋﻴﺎﻟﻪ ﻭﺃﻫﻠﻪ ﻭﻛﻞ ﻣﻦ ﺗﺤﺖ ﻭﻻﻳﺘﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﺨﺮﻭﺝ ﻓﻴﻪ ﺣﺘﻰ ﻻ ﻳﺸﺎﺭﻙ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻓﻲ ﻣﺮﺍﺳﻤﻬﻢ ﻭﺍﻟﻔﺎﺳﻘﻴﻦ ﻓﻲ ﺃﻣﺎﻛﻨﻬﻢ ﻭﻳﻈﻔﺮ ﺑﺈﺣﺴﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺭﺣﻤﺘﻪ
Bermaksud: "Diantara musibah yang menimpa kaum muslimin baik kalangan awam mahupun orang-orang khusus adalah kaum muslimin ikut serta (terlibat) dalam perayaan hari-hari besar mereka (ahli kitab) sama ada yahudi atau nasrani, serta menganggap baik perayaan hari besar mereka. Padahal Rasulullah saw amat membenci sikap menyerupai ahli kitab dalam perkara apapun. Sehingga pernah orang yahudi berkata: "Sesungguhnya Muhammad tidak meninggalkan sesuatu dari urusan kami melainkan dia telah menyelisihi kami dalam urusan itu..."
Bandingkan bagimana sikap Rasulullah saw dengan realiti yang terjadi pada manusia hari ini yang ikut serta (terlibat) bersama mereka dalam perayaan dan kebiasaan ahli kitab. Kamu juga akan dapati pada hari-hari besar itu kaum muslimin sanggup meninggalkan kerja2 mereka (bercuti) di kilang2, jual beli dan cuti belajar. Bagi menjadikan hari-hari tersebut untuk bergembira dan rehat. Mereka memanjakan keluarga, memakai baju baru, mewarnai telur untuk anak-anak sebagaimana yang dilakukan oleh ahli kitab dari kalangan yahudi dan nasrani. Perkara ini dan yang seumpamanya merupakan bukti kebenaran sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadits sahih:
"Sungguh kalian akan mengikuti jalan-jalan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga apabila mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun, kalian juga akan mengikutinya. Kami berkata: Ya Rasullah, Adakah mereka orang-orang yahudi dan nasrani, Rasul bersabda: "siapa lagi kalau bukan mereka..?" (HR. Bukhari)
Oleh itu, sesiapa yang menginginkan keselamatan agama dan kehormatannya. Hendaklah dia tetap berada dirumah dan melarang anak-anak, ahli keluarga atau sesiapa saja yang berada dibawah tanggung jawabnya untuk tidak keluar (merayakan) pada hari (perayaan) tersebut. Juga mencegah mereka agar tidak ikut serta bersama orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam segala program orang-orang fasik ditempat-tempat mereka" (diringkas dari kitab al-Ibda' fi madhaari al-Ibtida', mk: 274-276).
Semoga artikal ini menambah ilmu dan memberi manfaat kpd kita...
BY: SATU AQIDAH
Tidak ada komentar:
Posting Komentar